jerebu.

Dikemas kini pada 19 Oktober 2026

Langkah pencegahan semasa jerebu

Langkah-langkah pencegahan dan kawalan kesihatan mengikut bacaan IPU, daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Golongan berisiko tinggi

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung, pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitif kepada habuk, orang yang merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

IPU 0–50 · Baik

Tahap pencemaran rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum.

IPU 51–100 · Sederhana

Tahap pencemaran sederhana dan lazimnya tidak membahayakan kesihatan umum.

IPU 101–200 · Tidak sihat

Tahap pencemaran boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi.

IPU 201–300 · Sangat tidak menyihatkan

Tahap pencemaran tinggi yang menjejaskan kesihatan orang ramai dan boleh memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko tinggi.

IPU 301–400 · Berbahaya

Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.

IPU 401–500 · Berbahaya

Pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.

IPU 500+ · Darurat

Pencemaran yang terlalu tinggi dan sangat membahayakan kesihatan.

Sumber: KKM — Langkah-langkah pencegahan semasa jerebu. Semak halaman rasmi untuk versi terkini.